Monday, October 6, 2008

Macaroni Ayam Kuah Tomato



Sumber: Rossya

500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal

1kg dada ayam dipotong kecil-kecil

4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar

2 ulas bawang putih dikisar

1/2 sudu besar lada putih serbuk

1 sudu besar mentega atau margarine

6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahaja)

800ml air

1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil

50g kacang peas

air perahan dari 1 biji lemon

garam secukup nya

gula jika suka

Cara2nya:-

Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih. Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato. Kacau sehingga rata. Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas. Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.

Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato.

Ikan Kukus



Sumber: Rossya



1 ekor ikan siakap

2 inci halia muda dihiris halus

1 batang lada merah dibuang biji dan dihiris halus

1 ikat daun bawang di hiris memanjang

5 batang cili padi di hiris halus(jika suka)

1 sudu besar light soya sauce

beberapa titik minyak bijan

sedikit cuka putih

sedikit sawi asin jika suka (direndam sebentar)



Bersihkan ikan dan dikelar2. Lumur ikan dengan serbuk lada putih dan isikan dengan sedikit hirisan halia muda. Satukan semua bahan2 yang tinggal didalam sebuah mangkuk. Gaul rata.



Rasa jika perlu ditambahkan sedikit garam. Tuangkan cairan ini keatas ikan dan kukus selama 15 minit atau sehigga ikan masak. Hidangkan ketika panas.

Sandwich Ayam Mayonnaise



Sumber: Rossya



1/2kg daging ayam (isinya sahja)

1/2 - 1 batang celery (dihiris tipis)

1/2 biji lada capsicum (dihiris tipis)

1/2 biji bawang Jepun (dipotong dadu)

1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon

1 sudu makan serbuk lada hitam

1 atau 24 sudu makan mayonnaise



Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan. Gaul semua bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering, tambah sedikit mayonnaise. Rasa- kalau ada apa-apa yang kurang boleh ditambah kan lagi. Bila hendak makan, sapukan ke roti.



Paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu. Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.