Sumber: Rossya
500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal
1kg dada ayam dipotong kecil-kecil
4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu besar lada putih serbuk
1 sudu besar mentega atau margarine
6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahaja)
800ml air
1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
50g kacang peas
air perahan dari 1 biji lemon
garam secukup nya
gula jika suka
Cara2nya:-
Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih. Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato. Kacau sehingga rata. Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas. Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.
Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato.
No comments:
Post a Comment