Showing posts with label Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Spaghetti. Show all posts

Saturday, November 22, 2008

Laksa Johor


Sumber: Nutrition Society of Malaysia

Bahan-bahan

250 g (5 cawan) mee laksa/spaghetti

250 g (2 keping) ikan parang/tenggiri

125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak

60 ml (1/4 cawan) pati santan

15 g (1 sudu makan) kerisik

10 g (2 keping) asam keping

5 g (1 sudu teh) gula pasir

5 g (1 sudu teh) garam kasar

500 ml (2 cawan) air

Bahan-bahan (A) untuk dikisar

100 g (1/3 cawan) udang basah, dibuang kulit

50 g (1/2 cawan) udang kering

50 g (1/2 biji) bawang besar

25 g (5 ulas) bawang merah

10 g (2 ulas) bawang putih

10 g (1 sm) halia

10 g (1 sm) lengkuas

60 g (2 batang) serai, dihiris halus

10 g (1 sm) kunyit hidup

30 g (1 bungkus) rempah kari ikan

Untuk Hiasan

300 g (1 biji) timun, dibuang kulit dan dihiris halus

150 g (1 batang) lobak merah, dihiris halus

100 g (1/2 cawan) kacang panjang, dipotong kecil

90 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat

30 g (2 biji) limau nipis, dipotong serong

250 g taugeh, dibuang ekor

daun kesom dan daun selasih, dihiris halus

1 mangkuk sambal belacan kulit limau nipis


Cara memasak
Giling bahan-bahan (A) sehingga lumat.

Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebus ikan. Buang tulangnya dan giling isi hingga halus.

Masukkan bahan-bahan yang bercampur rempah tadi dan air rebusan ke dalam periuk. Jerang air atas api. Kacau rata dan biarkan sehingga garing dan naik baunya.

Masukkan susu rendah lemak dan setelah mendidih beberapa kali, masukkan pati santan dan asam keping.

Masukkan garam, gula dan kerisik. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.

Celurkan mee laksa di dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam. Setelah lembut, angkat dan cuci dengan air sejuk. Toskan segera.

Untuk menghidang, menuang kuah ke atas mee laksa, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan dan perahan air limau nipis.

Wednesday, September 17, 2008

Spaghetti Sihat



Bahan-bahan ( 4 orang )

* 500 gram spaghetti (sepeket)
* 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
* 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
* 3 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
* 1 batang carrot – didadu
* ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
* 2 biji tomato segar – dipotong enam
* 100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
* 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
* ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
* Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
* 1 kiub stok ayam
* 1 cawan minyak zaitun
* Garam secukupnya

Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
4. Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
5. Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
7. Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
8. Mesti dihidang terus, panas-panas.
9. Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.

Spaghetti Sardin



Sumber : K.Syartina

Bahan-bahan

2 tin besar sardine

1 botol kecil sos tomato

2 btg bunga kantan

3/4 tangkai daun kesum

2 biji tomato

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

2 cawan air

garam+gula



Cara Membuatnya

1. Tumis bawang besar (didadu) + bawang putih cincang hingga wangi.

2. Masukkan ikan sardin dihancurkan (tanpa kuah).

3. Masuk sos tomato + air.

4. Masuk daun kesum + bunga kantan (keduanya diracik).

5. Masak hingga menggelegak.

6. Masukkan tomato didadukan.

7. Biarkan kuah pekat (api perlahan).

8. Rasakan garam + gula.

Spaghetti Carbonara



Sumber : Yanti

Bahan
1 bungkus spaghetti direbus dgn sedikit minyak & tos
2 sudu makan olive oil
Isi ayam 300gm
1 tin cooking cream (saya beli jenama Nestle)
200ml fresh milk
1 tin button mushroom(slice nipis)
1 biji bawang besar didadu
3 biji bawang putih ditumbuk halus
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Parmeson Cheese utk dtabur

Cara
1. Panaskan olive oil, tumis bawang putih & bawang besar yang didadu tadi sampai wangi.

2. Masukkan isi ayam, tunggu sehingga masak baru masukkan mushroom.

3. Masukkan fresh milk & cooking cream, masukkan sedikit air. (Agak2 sbb kuah dia mesti pekat2 sikit)

4. Perasakan dengan garam & lada sulah.

5. Lastly masukkan spaghetti, kacau rata. (saya x campurkan sekali dgn kuah)

6. Bila nak makan, taburkan cheeseee...nyummmyyyy....

Spaghetti Goreng



Sumber & Gambar : Lynn Sham

Bahan A:
200 gm isi ayam, hiris nipis
10 ekor udang
2 sudu makan (bumbung) sos barbeku tradisional
2 sudu makan (bumbung) sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan oregano
1 sudu makan lada hitam, tumbuk kasar - boleh kurangkan jika tak mahu pedas
Sedikit lada sulah

Bahan B:
1 labu bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 biji tomato, hiris
1/2 biji lada benggala, hiris

Bahan C:
200 gm spaghetti, direbus

Cara menyediakannya:

1. Campurkan semua bahan A dan perap (saya perap dalam 4 jam).

2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih.

3. Masukkan A, tomato dan sedikit air.

4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan lada benggala. Gaul rata.

5. Sedia untuk dihidang.