Sumber: Nutrition Society of Malaysia
Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan
600 g (1/2 ekor) ayam
500 g taugeh
500 g koay teow
15 g (2 sudu makan) minyak bijan
50 g (5 sudu makan) kicap cair
sedikit lada sulah
250 g (1 biji) timun
setangkai daun bawang dan daun ketumbar, dihiris
garam secukup rasa
20 cawan air untuk rebusan
sedikit bawang goreng
Bahan-bahan untuk sos
40 g (3 biji) cili merah
4 g (1 sm) halia
50 g (3 biji) limau kasturi, ambil jusnya
2 g (1/2 sudu teh) gula
5 g (1 sudu teh) garam
Cara memasak
Bersihkan ayam. Buang kulit dan lemak yang kelihatan.
Masak air di dalam periuk, tambah ½ sudu teh garam.
Bila air telah mendidih, masukkan ayam, perlahankan api.
Reneh ayam sehingga empuk selama lebih kurang 45 minit.
Setelah ayam empuk, rendam ayam di dalam air sejuk selama 30 minit supaya dagingnya lembut dan licin.
Keluarkan ayam dan potong kecil-kecil (seperti ayam untuk nasi ayam) untuk dihidangkan.
Susun hirisan timun dalam pinggan. Letakkan ayam yang telah dipotong di atasnya.
Tambah 1 sudu makan kicap cair, 1 sudu makan minyak bijan, daun bawang dan ketumbar yang telah dihiris dan sedikit lada sulah ke atas ayam.
Hidangkan ayam bersama taugeh, sup ayam, koay teow dan sos cili.
Taugeh celur - Rebus satu periuk air.
Masukkan taugeh seketika, angkat dan toskan. Taugeh seharusnya masih rangup.
Bubuh taugeh di atas pinggan. Hidangkan.
Sos cili - Tumbuk cili dan halia, tambah jus asam limau, garam dan gula.
Koay Teow - Celur koay teow, hidang di dalam pinggan. Hidangkan lada sulah, kicap cair berasingan. Tambah bahan-bahan berkenaan apabila sedia untuk dimakan.
Berat satu hidangan: 550 g
No comments:
Post a Comment