Wednesday, September 17, 2008

Crumbed baked chicken


Sumber: lemongrass

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
* 1 kg ayam, dipotong 8-12 keping. (boleh juga jika digantikan dgn kepak atau drumstick)
* 100 grams cornflakes crumbs (meggunakan grinder, grind cornflakes tapi jgn sehingga hancur habis)
* 2 sudu teh stock ayam serbuk (contohnya Knorr)
* 1 1/4 sudu teh serbuk ketumbar / coriander
* 1/4 sudu teh dried mixed herbs/ oregano/ parsley
* 2 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Panaskan oven 190ÂșC.

2. Lapik baking tray dgn baking paper.

3. Campurkan cornflakes crumbs, stock ayam, serbuk ketumbar dan dried herbs di dalam mangkuk yg sederhana saiznya dan gaul sehingga sebati

4. Sapukan sedikit minyak ke setiap kepingan ayam menggunakan pastry brush. (pastikan semua bahagian ayam diselaputi minyak supaya crumbs boleh melekat).

5. Letak kepingan ayam satu demi satu ke dalam mangkuk yg berisi campuran cornflakes tadi dan salut semua permukaan ayam dgn crumb mixture itu.

6. Letak atas tray dan bakar lebih kurang 40-50 minit bergantung kepada saiz kepingan ayam.

7. Selepas 30 minit, balik kan ayam di dalam oven supaya permukaan sebelah menjadi golden brown juga.

8. Bakar sehingga kuning keemasan.

9. Sedap di makan dengan sos cili thai.

No comments: