Sumber: Asmah Laili
Bahan-Bahan
1 tin susu cair tanpa lemak DAN 1 cawan santan dari ½ biji kelapa parut putih
1 biji sengkuang, dihiris seperti batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris seperti batang mancis
½ kobis, dihiris
10 batang jagung muda, dihiris bulat-bulat
6 batang kacang panjang, di potong-potong ½ jari panjang
250 gram udang hidup yang sederhana besarnya, dikupas kulit
2 keping tauhu, di potong 4 dan goreng
3 keping tempe ( di hiris)
1 batang serai, dititik
Sedikit minyak kanola untuk menumis
Garam dan Gula secukup rasa
Bahan Kisar
½ cawan ikan bilis kering
½ cawan udang kering
10 batang lada kering
3 ulas bawang putih
2 bawang besar
2 batang serai
1 jari lengkuas
½ jari kunyit hidup
Dirampai
1 helai daun kunyit yang muda
3 batang serai, bahgian putihnya sahaja
10 biji bawang merah
Cara2:
1. Cuci bersih semua sayur yang telah di potong dan toskan. Asingkan sengkuang, yang lain campurkan jadi satu.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik aromanya.
3. Masukkan susu dan santan dan masukkan semua bahan rampai.
4. Tuang 2 tin air. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut dan sebati.
5. Masukkan pula sengkuang, masak sehingga ia lembut sedikit, kemudian baru di masukkan pula udang, serta semua sayur mayur, garam dan gula secukup rasa. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air.
6. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayurnya lembut matikan api. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.
Nota :-
Anda boleh pileh sayur mayur kesukaan anda, seperti kacang boncis, terong, bunga kobis dll. Ikan bilis dan udang kering boleh juga dilebihkan jika suka.
Cara Menghidang
Ambil dua atau tiga keping lontong, letakkan dalam pinggan mungkum, tuangkan kuah dan sayur lodeh, hias dengan sesudu sambal tumis, sedikit serunding, sepotong telur, serta sedikit sambal goreng.
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment