Saturday, November 22, 2008

Botok Botok Johor


Sumber: Nutrition Society of Malaysia

Bahan-bahan

150 g (2 keping) ikan tenggiri

125 ml (1/2 cawan) susu cair

250 g (1 cawan) kelapa parut, digoreng tanpa minyak untuk dibuat kerisik

20 g rempah kari ikan

70 g (3 batang) serai

29 g (1 sm) halia

20 g (1 sm) lengkuas

80 g (7 ulas) bawang merah

20 g (4 ulas) bawang putih

15 g (1/2 sudu makan) air asam jawa

10 g (1 sudu makan) minyak sayuran

garam secukup rasa

Dedaun untuk bungkusan - 1 pelepah daun pisang

Daun A

20 helai pucuk ubi

10 helai pucuk betik

10 helai pucuk mengkudu

10 helai pucuk puding kuning pendek

10 helai pucuk semangkuk

10 helai pucuk beruas

Daun B - mayang halus

3 helai daun kunyit

20 helai daun selasih

20 tangkai pucuk kesom

Cara memasak
Bersihkan ikan.
Gaulkan semua bahan-bahan digiling bersama-sama rempah kari ikan.
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan-­bahan yang dikisar termasuk kerisik, air dan kacau hingga rata. Perlahankan api dan biarkan sehingga mendidih.
Tambahkan air asam jawa, susu cair dan garam. Biarkan mendidih selama 10 minit atau sehingga kuah pekat.

Cara membungkus
Bentangkan daun pisang dan susun se­tengah bahagian dedaun (A) di atasnya.
Letakkan ikan di tengah dan jiruskan rempah yang dimasak tadi.
Taburkan dedaun yang dimayang halus (B) ke atas ikan. Susun baki dedaun (A) dan tutup bungkusan dengan rapi.
Kukus selama 30 minit hingga masak.
Sesuai dihidangkan dengan nasi.

No comments: