Sumber: Nutrition Society of Malaysia
Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan
350 g (2 ekor sederhana) ikan bawal hitam
75 ml (1/2 cawan) yogurt rendah lemak
10 g (1 biji) limau nipis, diambil jusnya
Bahan kisar:
10 g (1 biji) bawang merah
25 g (2 sm) halia
10 g (4 ulas) bawang putih
5 g (2 sudu makan) serbuk cili
10 g (1 sudu teh) serbuk kunyit
1 g (1/4 sudu teh) serbuk kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2.5 g (1/2 sudu teh) garam
Cara memasak
Gaulkan ikan bersama bahan kisar, yogurt dan jus limau nipis serta garam.
Perap ikan selama 1 jam.
Panggang ikan di dalam ketuhar sehingga masak.
Berat satu hidangan: 150 g
No comments:
Post a Comment