Sunday, November 23, 2008

Otak Otak Kukus


Sumber: Nutrition Society of Malaysia

Bahan-bahan

250 g (5 biji) telur, dipukul (3 dibuang kuningnya)

100 ml (1/2 cawan) pati santan, dicampur dengan 100 ml (1/2 cawan) susu skim

15 g (1 sudu makan) tepung jagung

1 pokok daun ketumbar - dicincang

1 pokok daun bawang - dicincang

daun pisang untuk membungkus

garam secukup rasa

Bahan digiling

600 g ikan tenggiri, tanpa tulang

12 g (1.2 sm) halia

20 g (2 sm) kunyit hidup

80 g (8 ulas) bawang merah

40 g (4 ulas) bawang putih

7 g (7 biji) cili kering

25 g (1 batang) serai

5 g (1 sudu teh) jintan manis

5 g (1 sudu teh) jintan putih

10 g (1 sudu makan) ketumbar

25 g (1 sudu makan) gula merah

Cara memasak

Campurkan semua bahan-bahan dan gaul rata-rata.

Ambil sedikit bancuhan tadi dan letak atas daun pisang.

Bungkus dan kukus selama 30 minit.

No comments: